Skip to content
  • Home
  • Classroom
    • Courses
      • Business Strategy
      • Communication
      • Digital Marketing
      • Finance & Compliance
      • Marketing
      • Sales
  • Trainers
  • Contact
  • Home
  • Classroom
    • Courses
      • Business Strategy
      • Communication
      • Digital Marketing
      • Finance & Compliance
      • Marketing
      • Sales
  • Trainers
  • Contact
EXPLORE

5 Elemen Utama, Asas Jenama Kukuh

March 23, 2022

Anda boleh mempunyai logo, warna jenama dan font terbaik. Jenama membuatkan perniagaan anda lebih menonjol.

Membina jenama yang benar-benar berkesan bukanlah mudah, ia melibatkan kreativiti dan penyelidikan. Proses ini turut melibatkan penyusunan strategi yang tepat.

Jenama adalah nama yang digunakan untuk mengenalpasti atau membezakan produk, perkhidmatan atau perniagaan tertentu.

Apakah yang menjadikan syarikat anda unik?

Mari kita bincangkan tentang 5 elemen utama yang membentuk asas kukuh jenama yang berjaya.

1. Tujuan (Purpose)

Tempat yang baik untuk bermula ialah memikirkan “apa”, “mengapa” dan “bagaimana” untuk membangunkan jenama anda.

Jawapan kepada soalan mudah ini akan memberikan anda definisi produk atau perkhidmatan teras yang ditawarkan kepada pelanggan sekali gus membawa nilai kepada khalayak.

2. Visi (Vision)

Visi jenama membantu anda berada pada landasan yang betul. Visi akan memandu anda kepada halu tuju yang betul sejajar dengan objektif syarikat.

Secara ringkasnya, visi jenama inilah yang menjadikan perniagaan anda berbeza, memastikan ia kekal dalam ingatan pelanggan, memberi tenaga kepada pekerja dan rakan kongsi.

3. Nilai (Value)

Setiap perniagaan mempunyai cerita untuk disampaikan agar warisan syarikat anda dapat bertahan dan berkembang, maka anda mesti mempunyai nilai teras.

Nilai jenama berfungsi sebagai kompas moral yang membimbing semua yang anda lakukan sebagai sebuah organisasi.

Nilai jenama perlu disampaikan  dengan jelas dan berkesan kepada internal dan external stakeholder syarikat anda.

Mereka membentuk budaya syarikat dan asas kepada bagaimana jenama anda akan berkembang pada masa hadapan.

4. Janji (Promise)

Apabila bekerja dengan jenama, pelanggan mengharapkan nilai dan kualiti perkhidmatan tertentu yang dijamin.

Lebih banyak anda dapat menunaikan janji itu, semakin kukuh kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap jenama anda.

5. Kedudukan (Positioning)

Kedudukan jenama bermakna mengenal pasti, membina dan mengekalkan cerita tentang jenama anda dalam pasaran.

Itulah yang menjadikan perniagaan anda unik dan tidak dapat dilupakan oleh pelanggan anda.

Kedudukan yang baik akan menentukan dengan siapa anda bersaing dalam kategori anda.

Ini juga akan memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang sanggup membayar untuk produk atau perkhidmatan anda, serta membentuk pandangan mereka tentang perkara yang mereka beli daripada perniagaan anda.

Sehubungan itu, manfaatkan jenama yang anda bangunkan. Pastikan jenama anda sentiasa segar dalam minda pelanggan, agar mereka kekal setia bersama produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Other Articles

Explore Courses
hari
Kepimpinan

Transformasi360, 3 Hari yang Mengubah Cara Kita Melihat Hidup

Read More ➭
September 12, 2025 No Comments
Uncategorized

Why Finance Matters for Every Employee

Read More ➭
September 11, 2025 No Comments
Uncategorized

No More Guesswork: Master the Marketing Game

Read More ➭
August 28, 2025 No Comments

Subscribe to be the first one get special offers!

Sign up to receive our training catalog, special offers, and updates on upcoming offline workshops tailored for businesses like yours.
We empower organizations through corporate training and upskilling, offering tailored programs in leadership, strategy, marketing, and digital innovation to strengthen skills, close gaps, and drive sustainable growth.
Linkedin Facebook-f Instagram Tiktok Youtube

Links

  • Home
  • About
  • Contact

Top Course

  • Branding
  • Digital Marketing
  • Finance & Compliance
Richworks Academy Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193
  • Home
  • Classroom
    • Courses
      • Business Strategy
      • Communication
      • Digital Marketing
      • Finance & Compliance
      • Marketing
      • Sales
  • Trainers
  • Contact