Cara Anda Berjalan Merungkai Personaliti Diri

August 10, 2022
Cara Anda Berjalan Merungkai Personaliti Diri

Jika berbicara soal personaliti, ia sememangnya tidak akan pernah berakhir. Kata orang, personaliti itu boleh dibaca melalui bahasa badan seseorang.

Salah satunya, keperibadian seseorang dapat dilihat daripada caranya berjalan.

Cara berjalan mungkin agak remeh. Namun, siapa sangka daripada gerak ke postur ia boleh menunjukkan perwatakan seseorang.

Ada beberapa ciri gaya berjalan pada manusia yang sedikit banyak bisa memperlihatkan keperibadiannya. Itu termasuklah cara seseorang itu mengatur langkah dan kecepatannya berjalan yang memberi impak kepada keperibadian seseorang itu.

Mari kita lihat gaya jalan seseorang individu itu dan makna disebaliknya.

1. Jalan cepat

Seseorang yang kerap berjalan dengan cepat biasanya mempunyai sikap yang ramah dan rajin. Mereka juga kebiasaannya memiliki energi yang cukup tinggi dan seorang yang berani.

Meskipun mempunyai keperibadian yang baik, namun mereka juga kadangkala mungkin akan bersikap dingin dengan orang tertentu.

2. Jalan lambat atau perlahan

Orang yang berjalan perlahan selalunya sangat berhati-hati dalam pelbagai perkara.

Mereka juga dikenali sebagai seseorang yang mementingkan diri sendiri tetapi bukanlah dengan niat buruk kerana mereka melakukannya bagi melindungi diri sendiri.

Ramai introvert yang berjalan dengan gaya ini sambil memandang ke bawah.

3. Jalan condong ke kiri

Perasaan cemas membuatkan seseorang cenderung berjalan ke arah yang senget atau kiri tanpa disedari.

Kajian mendapati semakin tinggi tekanan psikik membuatkan seseorang itu berjalan melencong lebih jauh ke sebelah kiri. Ini berlaku kerana bahagian kanan otak bekerja lebih keras untuk mengawal ketakutan dan keraguan.

4. Berjalan dengan kepala ditegakkan

Orang yang berjalan santai dengan kepala terangkat tinggi ini menandakan personalitinya yang yakin. Mereka secara amnya menyeronokkan, berkarisma dan mempunyai kemahiran sosial yang baik.

Namun, kadangkala personaliti anda yang sering menjadi tumpuan membuatkan sesetengah orang di sekeliling berasa cemburu.

5. Jalan tergesa-gesa

Secara dasarnya, individu yang berjalan tergesa-gesa pada kelajuan tinggi ini adalah orang yang sangat bertimbang rasa. Andakah anda orangnya?

6. Jalan sedikit bongkok

Jika seseorang berjalan dengan postur yang sedikit membongkok ke hadapan, ini bermakna mereka cuba melindungi diri mereka sendiri. Boleh jadi ada perkara traumatik yang tidak hilang dari fikirannya.

Setelah meniliti semua gaya berjalan ini, pastinya anda boleh kenal pasti ciri manakah yang ada pada diri anda. Tidak kiralah yang mana satu, yang pastinya sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

19 Responses

        1. Terima kasih atas comment anda. Mungkin boleh gabungkan jenis-jenis berjalan menjadi lebih daripada satu jenis sahaja dan lihat personaliti tersebut. Semoga bermanfaat!

    1. Saya selalu berjalan nombor 1, 2, nombor 4 memang patutlah kalau saya pergi majlis tertentu seperti masjlis orang besar biasanya orang besar yang padang saya jumpa mana-mana orang besar ni mesti akan terpadang dekat dan saya pun akan rasa kenapalah orang besar pandang saya?😅😂😂 Rupa-rupanya baru saya faham punya pouncer badan saya. Yang saya pernah jalan no. 5 dan no. 6

  1. Pergerakkan (cara berjalan) saya berubah mengikut faktor umur tetapi adakalanya bila positif vibe tinggi saya akan maintain pergerakkan (cara berjalan)😎
    Terima kasih atas sharing banyak tips motivasi cara kita untuk menghadapi apa2 situasi pun.👍👌

      1. Klau dulu 1245…skrang dah mngikut fktor usia lgipon ada mslh lutut sejak xcdent,so perlu hati hati..juga mngikut keadaan diri

Leave a Reply to Hainun Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *